|
STRUKTUR ORGANISASI
LEMBAGA PENGARAH PERZIM
Mengusaha, memaju, menyelaras dan mentadbir aktiviti
muzium untuk mengumpul, memulihara, dan mempamer pelbagai warisan
sejarah koleksi negeri seperti flora, fauna, budaya, sejarah
dan yang berkaitan untuk tujuan penyelidikan, pendidikan dan
aset pembangunan pelancongan.
PEMUZIUMAN
Merancang,
menyelidik, mengumpul koleksi dan melaksanakan kerja-kerja berkaitan
penubuhan muzium baru mengikut sasaran yang telah ditentukan
termasuk membentang laporan kemajuan berkala, menyediakan pameran,
"write-up", "caption" dan label.
Mengurus
muzium sediada termasuk meningkatkan mutu servis kepada pelanggan,
menjaga imej muzium, meningkatkan kutipan dan jumlah pelawat,
menjaga keselamatan bahan pameran dan bangunan serta meningkatkan
mutu pameran yang sediada.
Melaksana
dan mengurus segala bentuk pameran dan aktiviti-aktiviti yang
bersesuaian agar muzium-muzium menjadi satu institusi yang 'hidup'
dan terus dikunjungi berulangkali.
Meningkatkan
bilangan dan mutu koleksi muzium sediada agar muzium benar-benar
menjadi pusat penyelidikan di dalam bidang yang berkaitan serta
menyimpan data-data hasil penyelidikan dengan teratur sebagai
bahan rujukan.
Bertanggungjawab
dalam merancang dan memilih buku-buku yang sesuai untuk disimpan
sebagai bahan perpustakaan.
Mengendalikan
kerja-kerja mendokumentasi dan mengkatalog koleksi muzium secara
sistematik dengan lengkap dan terkini.
Membantu
dalam menjayakan kursus, ceramah, bengkel, seminar dan lain-lain
dari masa ke semasa.
TEKNIKAL
Merancang,
mengurus dan mengawal hal ehwal berkaitan konservasi bangunan,
penyelidikan berkaitan pemuliharaan warisan budaya dan penyediaan
tender/sebutharga.
Mengumpul
dan mendokumentasikan maklumat bangunan bersejarah (senibina)
mengikut zon/daerah.
Memberi
khidmat nasihat dan menyedia dokumen berkaitan proses menaiktaraf
muzium selaras dengan aspek permuziuman.
PEMULIHARAAN
Bertanggungjawab
ke atas monumen dan tapak tanah bersejarah di Melaka.
Memastikan
peninggalan khazanah negara sama ada dalam bentuk alih atau
tidak alih sentiasa terpelihara untuk tatapan generasi akan
datang termasuk melaksanakan kerja pemuliharaan artifak.
PENTADBIRAN
Merancang,
mengurus dan mengawal hal ehwal pentadbiran, perjawatan dan
perkhidmatan berjalan dengan lancar, kemas dan teratur.
Pengurusan
kakitangan termasuk pengambilan, pertukaran, pengesahan dan
persaraan.
Pengurusan
perkhidmatan termasuk aspek tatatertib, latihan dan peningkatan
mutu kerja.
KEWANGAN
Merancang, mengurus dan mengawal hal ehwal perakaunan
dan kewangan agar dilaksanakan dengan licin, kemas dan teratur.
Penyediaan laporan perbelanjaan
dan hasil Perbadanan.
Mengurus pernbayaran yang meliputi
emolumen, bayaran kepada pembekal dan penyelenggaraan daftar
perbelanjaan.
Mengurus pengeluaran Pesanan Tempatan
(Local Order).
PENGURUSAN HARTA
Merancang,
mengurus dan mengawal hal ehwal pengurusan harta seperti peralatan
pejabat dan artifak.
Memastikan
peralatan dan artifak didaftar, disimpan dan diurus dengan sempurna
dan selamat.
Menyelia
aspek keselamatan dan kebersihan kompleks muzium.
PAMERAN
Menyebarkan
maklumat dan ilmu pengetahuan melalui pameran tetap, sementara
dan berkala.
Memberi
khidmat nasihat teknikal berkaitan teknik pameran dan peragaan.
Mengumpul
dan mengurus pengumpulan foto mengenai sejarah, peristiwa semasa
untuk dokumentasi dalam rekod muzium.
|