|
Bangunan Stadhuys
Merupakan
salah satu bangunan merah di Melaka yang dikenali dengan nama
Bangunan Stadthuys. Stadthuys di dalam bahasa Belanda bermakna
Dewan Bandaran. Dipercayai bahawa inilah bangunan pertama yang
dibina oleh Belanda pada tahun 1650-an. Bangunan ini telah
menjadi kediaman Gabenor Belanda hingga awal kurun ke-18 dan
pusat pentadbiran Belanda. Walaupun terkenal dengan warna
merahnya tetapi warna asalnya adalah putih. Bangunan ini
dijadikan pusat pentadbiran Negeri hingga ke tahun 1961.
|