Laman Utama

 
 
 
 
   

 
   

Bangunan Pejabat Pos

Terletak di Jalan Laksamana bertentangan dengan Sungai Melaka. Ianya berhampiran dengan Jam Besar dan Pancutan Air Victoria. Bahagian belakang bangunan ini bersempadan Bangunan Christ Church yang berhampiran dengan Bangunan Stadthuys. Bangunan ini telah dibina di zaman pemerintahan Belanda dan sekitar tahun 1920-an telah dibaik pulih dan diperbesarkan oleh pemerintah Inggeris. Bangunan setingkat ini kemudian telah ditambah menjadi dua tingkat. Sejak dari pemerintahan Inggeris bangunan bawah telah dijadikan Pejabat Pos Besar Melaka dan di tingkat atas digunakan sebagai Pejabat Telegraf dan Telekom Kawasan Selatan. Jabatan Telekom berpindah dari bangunan ini pada awal 60-an manakala Pejabat Pos Besar mengosongkan bangunan ini diawal tahun 1990 setelah bangunan baru di Bukit Baru siap.

 
       
   
 
   
 
       
       
       

 

Maklumbalas  |  Hubungi Kami  |  Peta Laman  |

© Hakcipta Terpelihara
Perbadanan Muzium Melaka