|
Perigi
Raja, Jalan Munshi Abdullah/Jalan Puteri Hang Li
Poh
Merupakan
perigi yang tertua di Semenanjung Malaysia. Ianya telah digali
atas perintah Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka (1458-1477) untuk isterinya seorang puteri dari Negeri China, Hang Li Poh.
Perigi Raja ini disebut juga perigi Hang Li Poh atau perigi
Sam Poh. Perigi ini terletak di pinggir Bukit China. Airnya
bersih dan boleh diminum serta tidak pernah kering. Menurut
legenda sesiapa yang meminum air dari perigi ini akan balik
semula ke Melaka. |