|
Assalamualaikum w.b.t.
Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.
Selamat Datang Ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia.
Alhamdulillah,
mengakhiri tahun 2011 ini, PERZIM telah mengecapi pelbagai kejayaan
dan kecemerlangan meskipun beribu dugaan terpaksa ditempuhi, namun
ia bukanlah penamat untuk perjuangan memartabatkan institusi
permuziuman sebagai destinasi perlancongan dan pusat rujukan ilmiah
untuk semua lapisan masyarakat.
Sesungguhnya dengan sifat sabar, tidak mengenal erti putus asa,
komitmen yang tinggi, fokus dalam melaksanakan kerja dan ikhlas
mendorong kami untuk terus menjulang nama PERZIM menjadi sebuah
institusi pemuziuman bertaraf antarabangsa yang begitu unggul dan
disegani di seluruh dunia.
Melalui promosi secara berterusan dan penyusunan pelbagai program
mampu memantapkan lagi PERZIM sekaligus menarik lebih ramai
pelancong ke Melaka dan pada masa yang sama akan terus menjaga
warisan negeri dan negara yang tidak ternilai harganya supaya mampu
dinikmati oleh generasi mendatang.
PERZIM akan menggandakan usaha untuk bergerak selari dengan
pengiktirafan Melaka sebagai negeri maju. Laman web ini diharapkan
mampu menggamit lebih ramai pelancong untuk menyaksikan keunikan
Negeri Melaka yang sungguh bersejarah di samping dapat menerokai
sendiri keindahan dan keistimewaan muzium-muzium yang terdapat di
Melaka secara maya dengan satu klik di
hujung jari.
Semoga laman web PERZIM ini akan merealisasikan hasrat Kerajaan
Negeri yang ingin membangunkan Negeri Melaka sebagai Negeri
Pelancongan, bertepatan dengan slogan Melawat Melaka bererti
Melawat Malaysia”.
Sekian, wassalam.
(DATUK HAJI KHAMIS BIN HAJI ABAS)
Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka |