Rumah Tradisional Melayu Bukit Palah

Rumah Tradisional Melayu Pondok Kempas

Rumah Tradisional Melayu Bukit Godek

Rumah Tradisional Melayu Pengkalan Batu

Rumahku Muziumku, Padang Temu

Rumahku Muziumku lahir hasil daripada minat yang mendalam untuk menyimpan artifak-artifak warisan sejarah dan bernilai. Berkat dari usaha murni ini rumah tersebut telah diikhtiraf sebagai Mini Muzium oleh Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka pada tahun 1994.

Rumah ini terletak di 6086 Lot 649, Padang Temu, Melaka milik Encik Nordin bin Hj. Ali telah dibina sekitar tahun 1982 dan dijadikan sebagai tempat penyimpanan khazanah yang sangat berharga untuk tatapan pelancong yang datang melawatinya.

Kunjungan pelancong semakin bertambah dari sehari ke sehari sehinggalah sekarang. Galakan dan dorongan dari keluarga dan sahabat handai telah menambahkan lagi minta beliau untuk menaiktaraf Mini Muzium ini.

Walaupun rekabentuk rumah tersebut bukanlah berbentuk rumah Melayu Melaka yang asal tetapi sulaman lanskap yang tersusun dan penjagaan yang rapi dapat mengundang pengunjung yang lalu di sini untuk singgah dan menyaksikan sendiri dengan lebih dekat lagi.

Kerja-kerja menaiktaraf telah siap dilaksanakan pada bulan Februari 2002 melalui peruntukan Kerajaan Negeri Melaka dan diselaraskan oleh Perbadanan Muzium Melaka.

 
       
   
 
       
       

 

Maklumbalas  |  Hubungi Kami  |  Peta Laman  |

© Hakcipta Terpelihara
Perbadanan Muzium Melaka