Pengumuman
Muzium Rakyat, Muzium Kecantikan dan Muzium Layang-layang telah dibuka semula kepada orang awam.
Kerja-kerja membaikpulih Muzium Rakyat, Kecantikan dan Muzium Layang-layang bertempat di Jalan Kota telah siap dilaksanakan. Sehubungan dengan itu Muzium Rakyat, Kecantikan dan Muzium Layang-layang telah dibuka semula kepada pelawat pada 2 Mei 2013. Buat masa ini, harga tiket untuk dewasa adalah RM3.00 dan kanak-kanak RM1.00. Segala perubahan harga tiket akan diberitahu kemudian. Waktu dibuka adalah pada hari Isnin - Ahad dari jam 8.30 pagi - 5.30 petang. Harap maklum.
Penutupan Muzium Sejarah Kepada Para Pelawat Untuk Kerja-kerja Penyelenggaraan.
Kerja-kerja membaikpulih Muzium Sejarah bertempat di Jalan Kota di dalam proses penyelenggaraan dari Mac 2013 sehinnga April 2014. Segala kesulitan amat dikesali. Harap maklum.
Muzium Kapal Selam Kini Dibuka Semula.
Kerja-kerja membaikpulih Kapal Selam SMD Ouessant Melaka bertempat di Klebang telah siap dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, Muzium Kapal Selam telah dibuka semula kepada pelawat pada 1 Februari 2013. Para pelawat dibenarkan masuk ke dalam Kapal Selam. Buat masa ini, harga tiket untuk dewasa adalah RM1.00 dan kanak-kanak RM0.50. Segala perubahan harga tiket akan diberitahu kemudian. Waktu dibuka adalah pada hari Isnin - Khamis dari jam 9.00 pagi - 6.00 petang manakala pada hari jumaat- ahad dari jam 9.00 pagi - 6.30 petang. Harap maklum.
Para Pelawat Boleh Menikmati Suasana Bermalam Di Dalam Muzium Kapal Selam Melaka.
Percubaan bermalam di dalam Muzium Kapal Selam Melaka (PERZIM) dengan kerjasama Dream Suites Hotel Melaka
Perigi Hang Tuah Kini Dibuka Semula Kepada Para Pelawat.
Sempena pembangunan Perkampungan Hang Tuah dan Persisiran Sungai Duyung, kerja-kerja menaiktaraf Perigi Hang Tuah telah siap dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, Perigi Hang Tuah telah boleh dilawati kepada orang ramai. Harap Maklum.
Perkhidmatan Pemandu Pelancong.
Perkhidmatan pemandu pelawat dalam muzium untuk golongan bisu dan cacat pendengaran akan diadakan. Nantikan perkembangannya. harap maklum.
Perubahan Harga Tiket
Mulai 1 Mei 2012, terdapat perubahan harga tiket bagi pengunjung yang tidak mempunyai MY KAD untuk Muzium Samudera dan Muzium Sejarah dan Ethnografi.
