|
MUZIUM YANG
di-PERTUA NEGERI
Muzium
Yang di-Pertua Negeri (dahulu dikenali Seri Melaka) merupakan bekas
kediaman rasmi dan pejabat Gabenor Belanda di Melaka pada kurun
ke-17. Fungsi bangunan ini teruskan pada zaman pemerintahan
Inggeris hinggalah selepas kemerdekaan. Pada September 1996,
kediaman rasmi dan pejabat Tuan Yang Terutama berpindah dari
Bukit St. Paul ke Istana Melaka di Bukit Beruang, Melaka.
Fungsi
Institusi Tuan Yang Terutama (TYT) sebagai Pemerintah Tertinggi
Negeri dipamerkan bagi mengimbas kembali kewujudan institusi
ini. Muzium Tuan Yang Terutama mempamerkan tentang Sejarah Ringkas
Institusi Kesultanan, Pembentukan Penubuhan Gabenor Negeri-Negeri
hinggalah kepada Peranan dan Institusi Yang di-Pertua Negeri. Secara umum peranan
Ketua Menteri Melaka turut diselitkan kerana peranan mereka
tidak kurang pentingnya dalam menerajui kerajaan negeri.
Tumpuan
utama yang akan diberikan ialah tentang Gabenor/ Yang
di-Pertua Negeri selepas merdeka yang telah berkhidmat di Melaka iaitu
bermula dari Tun Leong Yew Koh (Gabenor Pertama) Tun Haji Abdul
Malek bin Haji Yusuf (Gabenor Kedua), Tun Haji Abdul Aziz bin
Abdul Majid (Gabenor Ketiga), Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan
(Gabenor Keempat) dan Tun Syed Ahmad Al-Haj bin Syed Mahmud
Shahabudin (Kelima) dengan menampilkan berbagai koleksi
peribadi milik Yang di-Pertua Negeri.
Pameran
di muzium ini mengekalkan sebahagian daripada kegunaan ruang
asal bangunan. Selain dari itu, ia juga mengetengahkan tentang
sumbangan Yang di-Pertua Negeri terhadap pembangunan negeri seperti perindustrian,
pertanian, pelancongan, pentadbiran, keagamaan dan sebagainya
yang berkembang dari masa ke masa sambil dibantu oleh setiap
Ketua Menteri di bawah pimpinannya dalam membangunkan negeri
Melaka.
Antara
objektifnya adalah:-
- Untuk
mengimbas kembali segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan
oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam
menjana pembangunan negeri dan pertumbuhan ekonomi negeri
Melaka.
- Menyalurkan
maklumat kepada generasi akan datang tentang Institusi
Yang di-Pertua Negeri.
- Untuk
menjadikan muzium sebagai tempat kajian dan penyebaran maklumat
kepada pelajar mengenai Yang di-Pertua Negeri.
|
DEWASA |
KANAK-KANAK
/PELAJAR |
WAKTU
OPERASI |
|
RM5.00 |
RM2.00 |
9.00 pagi - 5.30 petang (Dibuka pada setiap hari) |
**Tiket
masuk adalah dalam satu tiket iaitu Tiket Kompleks Stadthuys yang
boleh dibeli di Muzium Sejarah dan Ethnografi dan Muzium Tuan Yang
Terutama.
|