.: Selamat Datang Ke Laman Web Perbadanan Muzium Melaka ~ Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-48 :.
Laman Utama
Perutusan Khas
Dari Pengurus Besar
Statistik Pelawat
Cahaya dan Bunyi
Tapak Bersejarah
Pakej Pelancongan Pelajar
Lawatan Berpandu Muzium
Skop PERZIM
Mengenai PERZIM
Maklum Balas
 Pautan
 
 
 
   
 
   
   


MUZIUM SEJARAH DAN ETHNOGRAFI

Muzium Sejarah dan Ethnografi terletak di Bangunan Stadthuys, lokasinya di persimpangan Jalan Kota dan Jalan Gereja, Melaka. Di hadapan bangunan ini yang lebih dikenali sebagai 'Dataran Belanda' terdapat Pancutan Air Victoria dan Menara Jam Tan Beng Seng yang dibina pada tahun 1886. Muzium Sejarah terletak di aras dua dan Muzium Ethnografi di aras satu Bangunan Stadthuys.

Muzium Ethnografi memberikan penekanan khusus kepada corak hidup masyarakat tempatan yang terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Chetti dan Portugis. Gambaran berhubung adat istiadat perkahwinan, cara hidup seharian, peralatan yang digunakan, alat muzik yang menjadi pilihan dan bentuk pertanian yang diusahakan adalah fokus utama muzium ini.Turut dipamerkan adalah koleksi porselin zaman berzaman, pelbagai jenis senjata, matawang dari dalam dan luar negara serta pelbagai lagi koleksi semasa pendudukan Belanda di Melaka.

Muzium Sejarah bertempat di aras satu pula memperagakan sejarah Melaka yang menjadi tonggak kepada sejarah Malaysia hari ini bermula dari pembukaan Melaka ke era penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun sehingga negara mencapai kemerdekaan. Berdasarkan lukisan dan artifak sejarah yang ada, maka para pengunjung akan dapat menghayati keunggulan Melaka dari awal penubuhan, kecemerlangan dinikmati, perjuangan menuntut kemerdekaan dan erti kemodenan yang ada.

Antara objektifnya adalah:

Muzium Sejarah - Untuk mempamerkan sejarah Melaka bermula dari tahun 1400 semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Portugis, Belanda, Inggeris dan peperangan dunia kedua sehingga kemerdekaan dicapai pada tahun 1957.

Muzium Ethnografi - Untuk mempamerkan cara hidup, budaya dan adat resam masyarakat berbilang kaum di Melaka seperti Kaum Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Chetti dan Portugis.

DEWASA
KANAK-KANAK /PELAJAR
WAKTU OPERASI
RM5.00
RM2.00
9.00 pagi - 5.30 petang
(Dibuka pada setiap hari)

**Tiket masuk adalah dalam satu tiket iaitu Tiket Kompleks Stadthuys yang boleh dibeli di Muzium Sejarah dan Ethnografi dan Muzium Tuan Yang Terutama.

 

 
   
 
 
       
       

Muzium Pemerintahan Demokrasi  
 
Muzium Yang di-Pertua Negeri
 
Muzium Islam Melaka
 
Istana Kesultanan Melaka
 
Muzium Sejarah dan Ethnografl
 
Galeri Laksamana Cheng Ho   
 
Muzium Sastera
 
Muzium Belia
 
Galeri Seni
 
Muzium Rakyat
 
Muzium Kecantikan
 
Galeri Layang-layang
 
Muzium Samudera
 
Muzium Samudera Fasa II
 
Muzium TLDM
 
Kapal Ex-KD Sri Terengganu
 
Muzium Orang Asli, Alor Gajah
 
Muzium Adat Istiadat, Alor Gajah
 
Muzium Pertanian, Jasin  
 
Maklumbalas  |  Hubungi Kami  |  Peta Laman  |

© Hakcipta Terpelihara
Perbadanan Muzium Melaka