Laman Utama
Perutusan Khas
Dari Pengurus Besar
Statistik Pelawat
Cahaya dan Bunyi
Tapak Bersejarah
Pakej Pelancongan Pelajar
Lawatan Berpandu Muzium
Mengenai PERZIM
Maklum Balas
Pautan 
 
 
 
     
   
   


MUZIUM ORANG ASLI

Muzium Orang Asli terletak bersebelahan Taman Buaya, Air Keroh Melaka. Muzium ini telah dibuka kepada orang ramai pada 3 Februarl 1997. Muzium ini mengkhusus kepada memperagakan bahan dan peralatan harian suku kaum asli seperti Senoi, Jah Hut dan Mah Meri.

Terdapat lebih 5 buah galeri dan tema dipaparkan di Muzium ini seperti kaedah-kaedah menangkap ikan, peralatan pertanian, ruang dapur dan bilik tidur serta senjata-senjata yang digunakan. Antara bahan tarikan ialah peralatan di rumah, alat pemburuan, upacara sewang dan sebagainya. Muzium terbaik untuk memperkenalkan corak hidup dan kepercayaan masyarakat yang menyimpan seribu satu misteri.

Muzium Orang Asli pada awalnya terletak di dalam Hutan Rekreasi Ayer Keroh di bawah pengawasan jabatan Perhutanan sebelum dipindahkan ke sebuah tapak baru bersebelahan Taman Buaya oleh Perbadanan Muzium Melaka pada Disember 1996 bagi meningkatkan sambutan orang ramai. Muzium ini diadaptasikan dari replika rumah orang asli yang terdapat di negara ini.

Antara objektifnya adalah:

  • Untuk mempamerkan warisan serta sosio-budaya masyarakat orang asli khususnya di negeri Melaka dan Malaysia amnya.
  • Mempamerkan cara hidup serta alat-alat yang digunakan sebagai keperluan harian antaranya ukiran patung, pakaian, alat memasak dan sebagainya.
  • Memelihara dan menjaga warisan budaya serta pusaka orang asli yang kian pupus ditelan arus pembangunan.
DEWASA
KANAK-KANAK /PELAJAR
WAKTU OPERASI
RM1.00
RM0.50
9.00 pagi - 5.30 petang
(ditutup pada hari Isnin )

 

 
   
 
 
       
       

Muzium Pemerintahan Demokrasi   
 
Muzium Yang di-Pertua Negeri
 
Muzium Islam Melaka
 
Istana Kesultanan Melaka
 
Muzium Sejarah dan Ethnografl
 
Galeri Laksamana Cheng Ho   
 
Muzium Sastera
 
Muzium Belia
 
Galeri Seni
 
Muzium Rakyat
 
Muzium Kecantikan
 
Muzium Layang-layang
 
Muzium Samudera
 
Muzium Samudera Fasa II
 
Muzium TLDM
 
Kapal Ex-KD Sri Terengganu
 
Muzium Orang Asli, Ayer Keroh
 
Muzium Adat Istiadat, Alor Gajah
 
Muzium Pertanian, Jasin  
 
Maklumbalas  |  Hubungi Kami  |  Peta Laman  |

© Hakcipta Terpelihara
Perbadanan Muzium Melaka