Laman Utama

Perutusan Khas
Dari Pengurus Besar
Statistik Pelawat
Cahaya dan Bunyi
Tapak Bersejarah
Pakej Pelancongan Pelajar
Lawatan Berpandu Muzium
Mengenai PERZIM
Maklum Balas
Pautan
 
 
 
 
   
   


MUZIUM PEMERINTAHAN DEMOKRASI

Bangunan Dewan Undangan Negeri Melaka ini telah disempurnakan perletakan batu asasnya oleh Tuan Yang Terutama Tun Haji Abdul Malek bin Yusof S.M.N, D.M.K., Gabenor Negeri Melaka pada 31 Ogos 1961. Ia merupakan tempat persidangan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dan Pembentangan Belanjawan Negeri. Persidangan Dewan Undangan Negeri dipengerusikan oleh seorang Speaker yang dipilih daripada kalangan Ahli-ahli Dewan sendiri. Bagi Ahli-ahli Dewan, mereka dipilih melalui pilihanraya dan akan menganggotai Dewan selama lima tahun (kecuali Dewan Undangan Negeri dibubarkan). Ahli-ahli Dewan juga dibataskan kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas dan bermastautin di Negeri Melaka.

Pada bulan Februari 2000, Dewan Undangan Negeri ini tidak lagi digunakan setelah kerajaan membina sebuah bangunan yang memusatkan urusan dan pengurusan pentadbiran di Ayer Keroh termasuk Dewan Undangan Negeri.

Kini, bangunan ini telah dijadikan Muzium Pemerintahan Demokrasi yang mempamerkan maklumat pemerintahan termasuk amalan demokrasi di Malaysia. Ia turut memaparkan susur galur mengenai sejarah awal Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sehingga kepada kejayaan-kejayaan cemerlang yang dikecapi oleh negara ini dalam sistem pemerintahannya.

Dengan wujudnya muzium ini, ia diharapkan dapat memberikan kefahaman tentang bentuk pemerintahan yang dilaksanakan di Malaysia dan sistem kenegaraannya.

Antara objektifnya adalah :

  • Untuk merekodkan satu perkembangan dan pentadbiran sistem pemerintahan negara Malaysia yang berpaksikan sistem pemerintahan dunia .
  • Untuk memberi ilmu pengetahuan dan kefahaman kepada masyarakat dan warganegara Malaysia terhadap sistem pentadbiran negara.
  • Untuk mendidik generasi muda dengan satu aturcara kehidupan bernegara yang tersusun dan terbaik yang pernah dilahirkan oleh peradaban bangsa dan dunia.
  • Untuk memperlihat bagaimana Islam sebagai satu sistem budaya hidup dan akhirat masyarakat Melayu yang telah membina empayar dan kerajaan serta bekerjasama membina Malaysia seperti tuntutan Islam yang sentiasa galakkan perdamaian, persahabatan, kemakmuran dan ketaatan kepada pencipta yang terkandung dalam Rukun Negara.
  • Untuk menjadi tema rujukan pencapaian negara kepada dunia terhadap kestabilan politik, ekonomi dan sosial Malaysia yang terhasil daripada ketelitian para pemimpin dan rakyat Malaysia mengendalikan sistem pemerintahan negara.
DEWASA
KANAK-KANAK /PELAJAR
WAKTU OPERASI
Tiket masuk sama dengan tiket Muzium Sejarah & Ethnografi dan Muzium Tuan Yang Terutama
9.00 pagi - 5.30 petang
(Dibuka pada setiap hari)

 

 
   
 
 
       
       

Muzium Pemerintahan Demokrasi
 
Muzium Yang di-Pertua Negeri
 
Muzium Islam Melaka
 
Istana Kesultanan Melaka
 
Muzium Sejarah dan Ethnografl
 
Galeri Laksamana Cheng Ho
 
Muzium Sastera
 
Muzium Belia
 
Galeri Seni
 
Muzium Rakyat
 
Muzium Kecantikan
 
Muzium Layang-layang
 
Muzium Samudera
 
Muzium Samudera Fasa II
 
Muzium TLDM
 
Kapal Ex-KD Sri Terengganu
 
Muzium Orang Asli, Ayer Keroh
 
Muzium Adat Istiadat, Alor Gajah
 
Muzium Pertanian, Jasin  
 
Maklumbalas  |  Hubungi Kami  |  Peta Laman  |

© Hakcipta Terpelihara
Perbadanan Muzium Melaka