Laman Utama
Perutusan Khas
Dari Pengurus Besar
Rangkaian Muzium
Cahaya dan Bunyi
Tapak Bersejarah
Pakej Pelancongan Pelajar
Lawatan Berpandu Muzium
Mengenai PERZIM
Maklum Balas
Pautan
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   
 
   
   


MUZIUM CHETTI

Kaum Chetti merupakan salah satu kaum yang mengisi populasi penduduk negeri Melaka. Kaum peranakan ini merupakan masyarakat yang lahir hasil perkahwinan masyarakat India dengan penduduk tempatan setelah kedatangan kaum India ke negeri ini pada abad ke-17 untuk tujuan perdagangan. Mereka mengamalkan gabungan cara hidup masyarakat Melayu dan masyarakat India seperti dalam pertuturan yang menggunakan Bahasa Malaysia dan Tamil, memakai baju kebaya bagi kaum perempuan dan baju Melayu teluk belangan bagi lelaki selain Tause merupakan makanan kegemaran masyarakat ini seperti masyarakat India lain. Gabungan dua budaya ini yang menjadikan mereka unik dan tersendiri.

Kebanyakan masyarakat Chitty menganut agama Hindu. Antara perayaan yang disambut adalah Menggamay yang disambut pada akhir bulan April atau awal bulan Mei, Maathu Ponggal iaitu perayaan untuk lembu peliharaan yang dianggap berjasa dalam bertani dan membekalkan susu serta Kanni Ponggal iaitu perayaan yang disambut untuk semua anak dara.

Di Malaysia kaum minoriti ini hanya terdapat di Negeri Melaka. Menyedari tentang kepentingan warisan budaya masyarakat ini, sebuah muzium didirikan untuk memperkenalkan kepada pengunjung mengenai kebudayaan dan adat istiadat masyarakat Chetti dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Muzium yang dikenali sebagai Muzium Chitty ini terletak di Gajah Berang yang juga merupakan perkampungan masyarakat Chetti di Melaka. Muzium ini merupakan sebuah rumah tradisional kaum Chetti yang telah dibaik pulih oleh PERZIM untuk dijadikan muzium.

DEWASA
KANAK-KANAK /PELAJAR
WAKTU OPERASI
RM2.00
RM0.50
SETIAP HARI KECUALI ISNIN
9.00 pagi - 5.30 ptg.

 

 
   
 
 
       
       

Muzium Sejarah dan Ethnografl      
Muzium Sastera      
Muzium Pendidikan Melaka      
Muzium Yang di-Pertua Negeri      
Muzium Pemerintahan Demokrasi      
Galeri Laksamana Cheng Ho         
Muzium Belia      
Balai Seni Lukis Melaka      
Galeri Seni Rakyat      
Muzium Samudera      
Muzium TLDM      
Muzium Samudera Fasa II      
Kapal Ex-KD Sri Terengganu      
Muzium Al-Quran Melaka      
Muzium Chetti      
Muzium Rakyat      
Muzium Kecantikan      
Muzium Layang-layang      
Galeri 3D      
Muzium Setem  Melaka      
Muzium Islam Melaka      
Galeri Ketua Menteri Melaka      
Galeri Melaka      
Istana Kesultanan Melaka      
Muzium Dunia Melayu Dunia Islam      
Muzium Orang Asli, Ayer Keroh        
Muzium Adat Istiadat, Alor Gajah      
Muzium Pertanian, Jasin      
         
         
 
Maklumbalas  |  Hubungi Kami  |  Peta Laman  |

© Hakcipta Terpelihara
   Perbadanan Muzium Melaka