|
MUZIUM BELIA MALAYSIA
Muzium Belia Malaysia terletak
di No. 430, Jalan Laksamana. Bangunan ini terdahulu menempatkan
Pejabat Pos Besar, Melaka. Muzium ini berfungsi sebagai pusat
dokumentasi kegiatan belia yang mempamerkan bahan-bahan dan
maklumat yang berkaitan dengan aktiviti Persatuan Belia di Malaysia
dan antarabangsa.
Bahan utama pameran adalah gambar
tokoh-tokoh pemimpin belia, piala, pakaian seragam dan sebagainya.
Antara objektifnya adalah:
- Untuk mewujudkan satu
pusat dokumentasi kegiatan belia yang induk bagi tujuan kajian
dan informasi.
- Untuk menyimpan segala
rekod dan butir kegiatan belia secara sistematik dan teratur
yang mengandungi sejarah penubuhan kelab dan pertubuhan belia
dari seluruh negara.
- Untuk menimbulkan kesedaran
masyarakat khususnya golongan belia mengenai sumbangan kegiatan
belia kepada masyarakat, bangsa dan negara.
Muzium
Belia Malaysia telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir
bin Mohammad, mantanPerdana Menteri Malaysia pada 15 April 1992. Bangunan
ini pada asalnya merupakan sebahagian daripada kompleks Pejabat
Pentadbiran Belanda. Ia dijadikan sebagai Sekolah Anglo-Chinese
(sekarang dikenali sebagal Sekolah Tinggi Melaka).
|
DEWASA |
KANAK-KANAK
/PELAJAR |
WAKTU OPERASI |
|
RM1.00 |
RM0.50 |
9.30 pagi - 5.30 petang (ditutup pada hari
Isnin) |
|