Laman Utama
Perutusan Khas
Dari Pengurus Besar
Statistik Pelawat
Cahaya dan Bunyi
Tapak Bersejarah
Pakej Pelancongan Pelajar
Lawatan Berpandu Muzium
Mengenai PERZIM
Maklum Balas
Pautan
 
 
 
 
   
 
   
   


MUZIUM PULAU BESAR

 
     
 
     

Pulau Besar dengan keluasan 129.1541 hektar (sumber Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah), merupakan pulau yang terbesar di negeri Melaka. Ianya terletak tujuh batu nautika dari bandar Melaka. Terdapat kemudahan feri dan bot yang disediakan bagi menghubungkan pulau ini dengan tanah besar iaitu di Jeti Anjung Batu, Jeti Umbai dan Pelabuhan Marina Awam Melaka.

 

Terdapat pelbagai versi penceritaan dari segi keagamaan dan pengaruh mistik mengenainya. Pulau ini merupakan tempat persemadian beberapa tokoh agama dan ulama semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka yang masih dipulihara untuk menghargai jasa mereka terhadap perkembangan agama Islam. Kubur-kubur ini juga menjadi daya tarikan utama pengunjung untuk menziarahi Pulau Besar.

 

Di pulau ini terdapat banyak kejadian alam dan tapak bersejarah yang masih belum terungkai rahsia di sebaliknya seperti Pokok Disula, Perigi Lama, Istana Bunian, Tasik Bunian dan pelbagai tempat lain.

 

Tujuan utama penubuhan muzium adalah untuk memberi pendedahan mengenai asal-usul serta sejarah Pulau Besar kepada pengunjung selaras dengan matlamat PERZIM untuk menjadikan negeri Melaka sebagai destinasi pelancongan dan sektor pendidikan bertaraf dunia.

Antara objektifnya adalah:

  • Sebagai pusat rujukan mengenai sejarah, peranan serta kepentingan Pulau Besar dalam catatan sejarah dan warisan Melaka.

  • Untuk mempromosikan Pulau Besar sebagai salah satu destinasi pelancongan di Melaka yang mempunyai kelainan dari segi tarikannya.

  • Untuk memberikan maklumat yang lebih tepat kepada pengunjung mengenai tapak sejarah dan kesan tinggalan setempat yang terdapat di Pulau Besar.

  • Untuk membolehkan tapak sejarah dan warisan di Pulau Besar dipulihara serta mengelakkan daripada disalah guna oleh sesetengah pihak.

 

DEWASA
KANAK-KANAK /PELAJAR
WAKTU OPERASI
RM5.00
RM2.00
9.00 pagi - 5.30 petang
(Buka setiap hari)

 

 
       
       

Muzium Sejarah dan Ethnografl  
Muzium Sastera  
Muzium Pendidikan Melaka  
Muzium Yang di-Pertua Negeri  
Muzium Pemerintahan Demokrasi    
Galeri Laksamana Cheng Ho     
Muzium Belia  
Balai Senilukis Melaka  
Galeri Seni Rakyat  
Muzium Samudera  
Muzium Samudera Fasa II  
Muzium TLDM  
Muzium Pulau Besar  
Kapal Ex-KD Sri Terengganu  
Muzium Al-Quran  Melaka  
Muzium Chetti  
Muzium Pengangkutan  
Muzium Rakyat  
Muzium Kecantikan  
Muzium Layang-layang  

Galeri Tan Sri Aziz Tapa

 
Galeri Datuk Wira Borhan Md. YAman  
Galeri 3D  
Muzium Setem Melaka  
Muzium Islam Melaka  
Galeri Ketua Menteri Melaka  
Galeri Melaka  
Istana Kesultanan Melaka  
Muzium Dunia Melayu Dunia Islam  
Muzium Orang Asli, Ayer Keroh  
Muzium Adat Istiadat, Alor Gajah  
Muzium Pertanian, Jasin  
Galeri Melaka Sawahlunto  
Galeri Melaka Jambi  
Galeri Melaka Palembang  
Galeri Melaka Pekan Baru  
     
 
Maklumbalas  |  Hubungi Kami  |  Peta Laman  |

© Hakcipta Terpelihara
Perbadanan Muzium Melaka