Muzium Yang Di-Pertua Negeri Melaka
- Sejarah dan perkembangan institusi Yang di-Pertua Negeri Melaka kini terpahat di dalam sebuah bangunan indah yang dahulunya dikenali sebagai Seri Melaka. Sebelum dijadikan sebuah muzium, bangunan ini berfungsi sebagai kediaman rasmi dan pejabat Yang di-Pertua Negeri sehingga tahun 1996. Fokus utama muzium adalah berkaitan peranan dan sumbangan Yang di-Pertua Negeri Melaka bermula dari Tun Leong Lew Koh (Gabenor pertama) sehingga era Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob dalam menerajui negeri. Kegunaan asal ruang-ruang di muzium ini dikekalkan dengan mempamerkan pelbagai koleksi milik peribadi setiap Yang di-Pertua Negeri.
