Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia
- Muzium yang dahulunya terletak di pengkalan TLDM di Lumut kini telah dipindahkan ke Melaka bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mengunjunginya dan mendapatkan maklumat tentang sejarah, peranan dan sumbangan serta aktiviti-aktiviti TLDM. Muzium ini telah dibuka kepada orang ramai pada 28 Oktober 1995 dan kerja-kerja naik taraf telah dijalankan pada tahun 2005 seiring dengan perkembangan dan pembangunan semasa TLDM. Tarikan utama muzium adalah sebuah helikopter jenis WASP HAS MK 1, yang pernah digunakan oleh unit udara TLDM dan juga kapal EX-KD Terengganu yang terlibat dalam pelbagai tugas penting TLDM selama 31 tahun semenjak ditauliahkan pada tahun 1963.
