Muzium Sejarah & Etnografi
- Muzium Sejarah dan Etnografi ditempatkan di Bangunan Stadthuys yang dibina pada zaman pemerintahan Belanda pada tahun 1650an. Muzium Sejarah mempamerkan tentang sejarah awal penubuhan Melaka, zaman penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun sehingga negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Muzium Etnografi di aras bawah memberi penekanan khusus kepada corak kehidupan masyarakat tempatan yang berbilang bangsa. Antara yang dipamerkan adalah adat istiadat perkahwinan, cara kehidupan seharian, diorama pertanian serta pelbagai peralatan yang digunakan oleh masyarakat Melaka termasuk artifak-artifak bersejarah seperti koleksi porselin, senjata dan pelbagai jenis mata wang.
