Muzium Samudera Fasa II
- Muzium Samudera Fasa II terletak di bangunan gudang lama Guthrie bersebelahan replika Kapal ‘Flor de La Mar’. Sebagai kesinambungan dari penubuhan Muzium Samudera, ianya ditubuhkan berdasarkan tema ‘Alam Samudera dan Kemanusiaan’ untuk menggambarkan kedudukan Melaka dalam sejarah maritim dan perdagangan laut di samping mencerminkan cara manusia menguruskan dan memanfaatkan samudera. Pamerannya berkonsepkan proses ketamadunan dan perubahan teknologi yang berkembang seiring dengan arus pembangunan negara. Dunia maritim diolah menggunakan teknik pameran dan peragaan terkini dan rekabentuk dalaman muzium dibina menyerupai badan kapal dengan pintu angin dan galang jelas kelihatan.
