Muzium Samudera (Replika Kapal Flor de La Mar)
- Muzium Samudera dibina pada awal tahun 1990 berdasarkan sebuah replika kapal Portugis yang bernama Flor de La Mar. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 13 Jun 1994. Paparan utama muzium adalah berkaitan sejarah kelautan Melaka dan juga perkembangan perdagangan dari Zaman Kesultanan Melayu hingga ke era Portugis, Belanda dan Inggeris. Bahan pameran terdiri daripada peta-peta lama, model-model kapal, senjata serta kelengkapan artifak berkaitan maritim, diorama-diorama di samping sebuah sudut khas mengenai Panglima Awang, anak Melayu pertama mengelilingi dunia.
