Muzium Rakyat
- Bangunan tiga tingkat yang pernah menjadi pejabat pentadbiran Majlis Perbandaran Melaka Tengah (MPMT) ini telah dijadikan Muzium Rakyat, Kecantikan, Layang-layang dan Galeri 3D. Muzium Rakyat yang ditempatkan di tingkat bawah mempamerkan aspek pembangunan serta kejayaan yang dicapai oleh negeri Melaka meliputi bidang pentadbiran, ekonomi, sosio budaya dan infrastruktur. Di Galeri Gasing pada aras yang sama, pengunjung turut berpeluang untuk mengenali pelbagai jenis gasing yang dipamerkan termasuk dari jenis jantung, berembang, talar dan uri.
