Muzium Orang Asli
- Muzium yang diadaptasikan dari replika rumah orang asli yang terdapat di negara ini terletak bersebelahan Taman Buaya, Ayer Keroh Melaka. Ianya telah dibuka kepada orang ramai pada 3 Februari 1997 dengan mengkhususkan kepada peragaan bahan dan peralatan harian suku kaum asli seperti Senoi, Jahut dan Mah Meri. Antara paparan utama muzium ini adalah berkaitan adat perkahwinan dan upacara kematian masyarakat orang asli di samping pelbagai hasil kerja tangan mereka yang unik seperti ukiran kayu dan anyaman.
