Muzium Kecantikan
- Muzium Kecantikan di aras dua menjurus kepada penafsiran terhadap kecantikan melalui perbandingan antara kebudayaan dan zaman yang berlainan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai pantang larang dan menanggung kesakitan. Dibuka kepada orang ramai pada tahun 1996, bahan pameran yang dipamerkan adalah mengenai perubahan kekal pada tubuh badan untuk kelihatan cantik seperti rajahan pada kulit atau tatu, pemakaian piring bibir, melonjongkan kepala, pemakaian bengkung dan membedung kaki.
