Muzium Istana Kesultanan Melaka
- Muzium Istana Kesultanan Melaka dibina berdasarkan catatan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan Mansur Shah. Selain daripada reka bentuk bangunan, pelbagai ukiran dan susun aturnya, pelawat berpeluang menambah pengetahuan berhubung institusi Kesultanan Melayu Melaka dan menerokai suasana dalaman sebuah istana melalui diorama Balairong Seri, delegasi pedagang-pedagang, diorama pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat serta bilik beradu Sultan. Pelbagai model istana Melayu turut dipamerkan di samping peragaan koleksi pakaian tradisional, aksesori perhiasan, senjata dan peralatan tembikar.
