Muzium Chetti
- Lokasi Muzium Chetti yang terletak di Kampung Chetti, Jalan Gajah Berang, Melaka amat bersesuaian dalam menarik lebih ramai pelancong ke negeri Melaka. Muzium ini memperlihatkan kebudayaan dan adat istiadat masyarakat Chetti dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Pelbagai maklumat mengenai sejarah dan susur galur masyarakat Chetti boleh didapati di sini. Peralatan-peralatan bagi upacara keagamaan, perkahwinan, memasak serta pakaian menjadi tarikan utama kepada muzium yang memaparkan identiti dan jati diri masyarakat minoriti negeri ini.
