Muzium Al-Quran
- Muzium Al-Quran Melaka menjadi sebuah lagi mercu tanda kegemilangan syiar Islam di Melaka. Ianya ditempatkan di Bangunan Fasa II Kompleks Al-Azim, Bukit Palah Melaka. Muzium ini memperagakan sejarah penurunan wahyu pertama sehingga kepada perkembangan Islam di Zaman Rasulullah SAW, para sahabat dan penyebarannya ke seluruh Timur Tengah, India, China dan Alam Melayu. Muzium ini merupakan destinasi terunggul untuk dilawati bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat berhubung Al-Quran dan sejarah perkembangannya di Malaysia.
