Tahun Baharu Cina, PERZIM Adakan Tarian Singa di Muzium Kapal Selam

Hits: 132

Pelawat berbilang bangsa yang berkunjung di Muzium Kapal Selam hari ini disambut dengan persembahan Tarian Singa bersempena Tahun Baharu Cina.

Tarian Singa ini diadakan bagi meraikan pelawat dan kanak-kanak istimewa yang terdiri daripada kanak-kanak Autisme dan Syndrom Down.

Turut hadir ialah YB. Datuk Wira hjh. Norpipah Abdol, timbalan EXCO Pembangunan Belia dan Warisan negeri Melaka merangkap Pengerusi PERZIM dan Pengurus Besar, Datuk Hj. Khamis Abas.

Tarian Singa merupakan satu warisan kaum Cina yang biasa dipersembahkan semasa Tahun Baharu Cina, justeru PERZIM tidak ketinggalan untuk turut mengetengahkan warisan ini untuk tatapan generasi dari pelbagai bangsa agar saling kenal-mengenali budaya dan warisan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.

Dengan adanya pendekatan seperti ini ia akan mengeratkan perpaduan antara kaum seterusnya dapat mewujudkan keharmonian dari pelbagai bangsa.

Selain dapat menyaksikan Tarian Singa, kanak-kanak istimewa ini turut diberikan angpau oleh YB. Datuk Wira Norpipah Abdol.