Tahniah Kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Hits: 170

Seramai 10 orang kakitangan PERZIM dari peringkat sokongan ke pengurusan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 pada hari ini.

Penyampaian anugerah yang diadakan di Dewan Seri Negeri itu telah disampaikan oleh YB. Datuk Seri Hj. Naim bin Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Kakitangan PERZIM yang menerima APC 2016 ialah Puan Syahidah binti Abu Sah (Kurator), Encik Basri bin Man (Pembantu Muzium) dan Encik Abdul Jamil bin Hj. Zainal (Pembantu Muzium).

Manakala selebihnya terdiri daripada kakitangan menjawat jawatan sebagai Pembantu Operasi iaitu Encik Petrus A/L Bah Kassim, Encik Rosli bin Jalani, Puan Siti Nurul Atikah Lim bin Abdullah, Encik Shamizan bin Abu Bakar, Encik Mohd Zuhaili bin Majid, Encik Mohammad Yazid bin Mohamed Aziz dan Mohd Irham Shah bin Mohd Zali.

Datuk Khamis Abas selaku Pengurus Besar merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan berharap kakitangan lebih terus cemerlang pada masa-masa akan datang.