Satu lagi buku terbitan PERZIM!!!

Hits: 8

‘Coffee Table Book’ Seni Bina Rumah Tradisional Melayu di Melaka ini merupakan terbitan bersama antara pihak Jabatan Muzium Malaysia, Perbadanan Muzium Melaka dan Politeknik Merlimau Melaka. Ianya memiliki penerangan secara terperinci dalam aspek metafora pembinaan, konsep dan fungsi ruang, struktur dan binaan serta ragam hias dan ukuran sesuatu binaan seni bina Rumah Tradisional Melayu sediada di Melaka.

Menariknya, buku ini juga merupakan satu-satunya buku yang menyertakan bersama tatapan video gambaran sebenar bagi setiap koleksi rumah-rumah terpilih, yang mana setiap pembaca boleh menikmati keindahan dan keunikan ciri-ciri seni bina rumah tradisional sebenar hanya melalui imbasan pada perisian ‘QR Code’ yang dilampirkan bersama. Jadi kepada semua jangan lupa untuk dapatkan buku ini ya.

Email : [email protected] / Facebook Page : Muzium & Galeri Melaka / Instagram : melakamuseum / YouTube Channel : Melaka Museum / Contact : 06-2826526