FORGOT YOUR DETAILS?

CREATE ACCOUNT

Muzium Kecantikan

Ruangan aras dua pula menempatkan pameran Muzium Kecantikan yang telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 1996 sempena Pameran Kecantikan Melalui Penyeksaan yang dianjurkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia. Ia telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Abu Zahar bin Ithnin, mantan Ketua Menteri Melaka. Pameran ini memberi fokus kepada budaya masyarakat di seluruh dunia mencipta kecantikan kepada tubuh badan manusia.Ia meliputi suatu tempoh masa yang sangat panjang iaitu dari zaman pra-sejarah sehingga pada masa kini. Sesetengah masyarakat ini melihat budaya kecantikan sebagai suatu penderitaan dan penyeksaan.Ia juga menempatkan Galeri Tan Sri Haji Abdul Aziz bin Tapa dan Galeri Eurasian.

TOP