FORGOT YOUR DETAILS?

CREATE ACCOUNT

Muzium Kesultanan Melayu Melaka

Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan Mansur Shah.Selain daripada reka bentuk bangunan, pelbagai ukiran dan susun aturnya, pelawat berpeluang menambah pengetahun berhubung institusi Kesultanan Melayu Melaka dan menerokai suasana dalaman sebuah istana melalui diorama Balairong Seni, delegasi pedagang-pedagang, diorama pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat serta bilik beradu Sultan. Pelbagai model istana Melayu turut dipersembahkan di samping peragaan koleksi pakaian tradisional, aksesori perhiasan, senjata dan peralatan tembikar.

TOP