Muzium Setem Melaka

Setem merupakan aset sangat berharga dari segi kesenian, kewangan dan sejarah kepada mereka yang menghargainya. Pengumpul setem akan membelanjakan sejumlah wang, tenaga dan masa bagi memastikan setem-setem yang jarang ditemui, berada dalam koleksi mereka. Berdasarkan hakikat tersebut, Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad telah menubuhkan Muzium Setem Melaka pada tahun 2007 di bangunan lama Muzium Melaka bagi mempamerkan setem-setem terawal di Malaysia dan luar negara sehingga yang terkini.

TOP