FORGOT YOUR DETAILS?

CREATE ACCOUNT

Muzium Belia Malaysia

Muzium Belia Malaysia terletak di Jalan Laksamana, Melaka.Bangunan muzium ini pernah dijadikan rumah paderi pada zaman Belanda, Sekolah Tinggi Melaka dan Pejabat Pos Besar Melaka.Kini fungsinya telah bertukar kepada sebuah muzium yang mendokumentasikan kegiatan belia melalui bahan-bahan dan maklumat berkaitan aktiviti belia di Malaysia dan antarabangsa.Antara yang menjadi fokus utama adalah paparan mengenai persatuan-persatuan belia di Malaysia di bawah Majlis Belia Malaysia, sudut persatuan, logo-logo dan diorama pembacaan ikrar sempena sambutan Hari Belia Peringkat Kebangsaan.

TOP