Pengurusan Muzium

pengurusan-muzium

Pengenalan

Merancang, menyelidik, mengumpul koleksi dan melaksanakan kerja-kerja berkaitan penubuhan muzium baru mengikut sasaran yang telah ditentukan termasuk membentang laporan kemajuan berkala, menyediakan pameran, "write-up", "caption" dan label. Mengurus muzium sediada termasuk meningkatkan mutu servis kepada pelanggan, menjaga imej muzium, meningkatkan kutipan dan jumlah pelawat, menjaga keselamatan bahan pameran dan bangunan serta meningkatkan mutu pameran yang sediada. Melaksana dan mengurus segala bentuk pameran dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian agar muzium-muzium menjadi satu institusi yang 'hidup' dan terus dikunjungi berulangkali. Meningkatkan bilangan dan mutu koleksi muzium sediada agar muzium benar-benar menjadi pusat penyelidikan di dalam bidang yang berkaitan serta menyimpan data-data hasil penyelidikan dengan teratur sebagai bahan rujukan. Bertanggungjawab dalam merancang dan memilih buku-buku yang sesuai untuk disimpan sebagai bahan perpustakaan. Mengendalikan kerja-kerja mendokumentasi dan mengkatalog koleksi muzium secara sistematik dengan lengkap dan terkini. Membantu dalam menjayakan kursus, ceramah, bengkel, seminar dan lain-lain dari masa ke semasa.

Bahagian Pengurusan Muzium dibahagikan kepada 5 unit iaitu :

  • Unit Komlekas Istana Kesultanan Melaka
  • Unit Kompleks Sejarah dan Ethnografi
  • Unit Kompleks Samudera
  • Unit Kompleks Muzium Rakyat
  • Unit Kompleks Hang Tuah Centre
  • Unit Pameran

Objektif

  • Menentukan urusan pentadbiran pemuziuman dan perkhidmatan kepada pelanggan dilaksanakan dengan cekap dan teratur.
  • Memastikan urusan jualan tiket di kaunter dilaksanakan dengan cekap dan teratur.
  • Memastikan artifak dipamerkan dengan baik dan memenuhi aspek keselamatan pemuziuman.
  • Mengadakan pameran berkala mengikut sasaran kerja tahunan.
  • Mesra pelanggan dan memberikan maklumat yang tepat kepada pelawat.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelidikan dan menghasilkan penulisan bagi penerbitan berkala, buku dan bahan maklumat lain yang berhubungan dengan aktiviti permuziuman.

Visi

Menjadikan muzium sebuah organisasi yang berkualiti dan cemerlang.
Merealisasikan aktiviti pendidikan dan pelancongan melalui pemuziuman secara profesional dan efisien.

Fungsi Utama

  • Merancang, menyelidik, mengumpul artifak dan melaksanakan kerja-kerja berkaitan penubuhan muzium baru mengikut sasaran yang telah ditentukan termasuk membentangkan laporan kemajuan berkala, menyediakan pameran, ‘write-up’, ‘caption’ dan label;
  • Menguruskan muzium sedia ada termasuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan, imej muzium, kutipan dan jumlah pelawat, keselamatan bahan pameran dan bangunan serta pameran sedia ada.
  • Melaksana dan mengurus segala bentuk pameran dan aktiviti yang bersesuaian agar muzium menjadi satu institusi yang terus dikunjungi berulang kali.
  • Meningkatkan bilangan koleksi dan bahan rujukan agar muzium menjadi pusat penyelidikan dan pendidikan.
  • Membantu dalam menjayakan kursus, ceramah, bengkel, seminar dan lain-lain dari semasa ke semasa.

TOP