Menjadikan muzium sebagai institusi penyebar ilmu yang berkualiti kepada orang ramai.
Mengadakan pameran tentang sejarah budaya negara melalui pameran tetap yang berkualiti.
Mengadakan pameran sementara yang bermutu tidak kurang dari 3 kali setahun serta seminar, symposium, bengkel tidak kurang dari 2 kali setahun.
Memberi khidmat rujukan yang cekap, berkesan dan terkini kepada para penyelidikan dan pengkaji sejarah, pelajar serta orang ramai.
Memastikan para pelancong dan orang ramai mendapat perkhidmatan penerangan dan penyebaran maklumat pelancongan dengan layanan mesra dan memuaskan.
Memproses dan membuat keputusan samaada menyokong permohonan dan pelan-pelan pengubahsuaian bangunan lama dalam tempoh dua minggu dengan syarat dokumen dengan lengkap dan teratur dikemukakan.
Menyempurnakan bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh bil-bil tertakluk kepada pengesahan yang dibuat adalah sempurna dan memenuhi peraturan.
Menyediakan dan mengemaskini segala rekod perkhidmatan dan kenaikan gaji dalam masa satu minggu selepas sesuatu perubahan diperakui.
Menjawab surat-surat dalam tempoh 7 hari bekerja.
Memproses dan membuat keputusan untuk tawaran kerja kontrak seperti berikut :
i) Tender – 60 hari dari tarikh tender ditutup.
ii) Sebutharga – 14 hari dari tarikh sebutharga ditutup.
Memastikan setiap pertanyaan ataupun aduan diambil tindakan dalam masa dua hari selepas dilaporkan.
Menyediakan kemudahan asas dan persekitaran yang bersih dan selesa.
Menjaga semua harta dan kemudahan-kemudahan dengan sempurna.