FORGOT YOUR DETAILS?

CREATE ACCOUNT

Struktur Organisasi

LEMBAGA PENGARAH PERZIM

Mengusaha, memaju, menyelaras dan mentadbir aktiviti muzium untuk mengumpul, memulihara, dan mempamer pelbagai warisan sejarah koleksi negeri seperti flora, fauna, budaya, sejarah dan yang berkaitan untuk tujuan penyelidikan, pendidikan dan aset pembangunan pelancongan.

PEMUZIUMAN

Merancang, menyelidik, mengumpul koleksi dan melaksanakan kerja-kerja berkaitan penubuhan muzium baru mengikut sasaran yang telah ditentukan termasuk membentang laporan kemajuan berkala, menyediakan pameran, “write-up”, “caption” dan label. Mengurus muzium sediada termasuk meningkatkan mutu servis kepada pelanggan, menjaga imej muzium, meningkatkan kutipan dan jumlah pelawat, menjaga keselamatan bahan pameran dan bangunan serta meningkatkan mutu pameran yang sediada. Melaksana dan mengurus segala bentuk pameran dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian agar muzium-muzium menjadi satu institusi yang ‘hidup’ dan terus dikunjungi berulangkali. Meningkatkan bilangan dan mutu koleksi muzium sediada agar muzium benar-benar menjadi pusat penyelidikan di dalam bidang yang berkaitan serta menyimpan data-data hasil penyelidikan dengan teratur sebagai bahan rujukan. Bertanggungjawab dalam merancang dan memilih buku-buku yang sesuai untuk disimpan sebagai bahan perpustakaan. Mengendalikan kerja-kerja mendokumentasi dan mengkatalog koleksi muzium secara sistematik dengan lengkap dan terkini. Membantu dalam menjayakan kursus, ceramah, bengkel, seminar dan lain-lain dari masa ke semasa.

ANTIKUITI

Merancang, mengurus dan mengawal hal ehwal berkaitan konservasi bangunan, penyelidikan berkaitan pemuliharaan warisan budaya dan penyediaan tender/sebutharga. Mengumpul dan mendokumentasikan maklumat bangunan bersejarah (senibina) mengikut zon/daerah. Memberi khidmat nasihat dan menyedia dokumen berkaitan proses menaiktaraf muzium selaras dengan aspek permuziuman. Bertanggungjawab ke atas monumen dan tapak tanah bersejarah di Melaka. Memastikan peninggalan khazanah negara sama ada dalam bentuk alih atau tidak alih sentiasa terpelihara untuk tatapan generasi akan datang termasuk melaksanakan kerja pemuliharaan artifak.

PENTADBIRAN

Merancang, mengurus dan mengawal hal ehwal pentadbiran, perjawatan dan perkhidmatan berjalan dengan lancar, kemas dan teratur. Pengurusan kakitangan termasuk pengambilan, pertukaran, pengesahan dan persaraan. Pengurusan perkhidmatan termasuk aspek tatatertib, latihan dan peningkatan mutu kerja.

KEWANGAN

Merancang, mengurus dan mengawal hal ehwal perakaunan dan kewangan agar dilaksanakan dengan licin, kemas dan teratur. Penyediaan laporan perbelanjaan dan hasil Perbadanan. Mengurus pernbayaran yang meliputi emolumen, bayaran kepada pembekal dan penyelenggaraan daftar perbelanjaan. Mengurus pengeluaran Pesanan Tempatan (Local Order).

PENDAFTARAN

Merancang, mengurus dan mengawal hal ehwal pengurusan harta seperti peralatan pejabat dan artifak. Memastikan peralatan dan artifak didaftar, disimpan dan diurus dengan sempurna dan selamat. Menyelia aspek keselamatan dan kebersihan kompleks muzium.

PAMERAN

Menyebarkan maklumat dan ilmu pengetahuan melalui pameran tetap, sementara dan berkala. Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan teknik pameran dan peragaan. Mengumpul dan mengurus pengumpulan foto mengenai sejarah, peristiwa semasa untuk dokumentasi dalam rekod muzium.

TOP