Objektif
Hits: 90
Untuk membantu, mengusaha, memaju dan menyelaraskan perkembangan muzium dalam negeri serta melaksanakan garis panduan pengendalian muzium dengan berkesan ke arah melahirkan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.
Untuk mengembangkan, memulih dan memelihara suatu koleksi negeri merangkumi :
- Bahan-bahan yang mempunyai nilai sejarah, kebudayaan, flora dan fauna yang terdapat di Malaysia dan negeri;
- Sejarah perkembangan politik, social dan ekonomi bagi Malaysia dan negeri;
- Sejarah perkembangan sains dan teknologi seterusnya mempamerkan koleksi-koleksi sedemikian untuk faedah dan makluman awam ke arah menjadikan PERZIM sebagai institusi pendidikan yang inovatif dan efisien;
Untuk menjadikan PERZIM sebagai pusat penyelidikan dan rujukan saintifik serta kajian ilmiah mengenai sejarah tamadun manusia yang memberikan tumpuan khas kepada negeri dan menyebarkan penemuan penyelidikan tersebut.
Untuk menerbit dan menaja penerbitan majalah berkala, buku kecil dan bahan maklumat lain yang berhubungan dengan aktiviti permuziuman dalam negeri.