PERZIM ANJUR MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Hits: 491

16 Jun 2017 BANDA HILIR – Tahun ini merupakan tahun ke sepuluh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) melalui Kelab Sukan dan Kebajikan PERZIM (KSK PERZIM) mengadakan Majlis Khatam Al-Quran.

Tahun ini juga melihatkan peningkatan bilangan peserta iaitu seramai 36 orang terdiri daripada 20 orang kakitangan lelaki dan 16 orang kakitangan wanita.

Majlis dimulakan dengan tazkirah oleh Ustaz Harman Hassan, Imam Masjid Bukit Baru, acara khatam Al-Quran seterusnya penyampaian cenderamata kepada peserta tadarus Al-Quran.

Turut diadakan ialah sumbangan kepada 20 orang pelajar tahfiz terpilih dari Sekolah Tahfiz Al-Quran dan Hadis Kampung Duyong, Melaka.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB. Datuk Wira Hjh. Norpipah binti Abdol, Timbalan Exco Pembangunan Belia dan Warisan negeri Melaka merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PERZIM.

Menurut Datuk Khamis Abas, Pengurus Besar PERZIM “Setiap tahun PERZIM akan mengadakan program Tadarus Al-Quran apabila menjelang bulan Ramadan di Muzium Pemerintahan Demokrasi dengan setiap hari kumpulan kakitangan lelaki dan wanita masing-masing akan membaca satu juzuk”

“Acara membaca Al-Quran ini akan bermula pada pukul 8 pagi hingga pukul 9.15 pagi setiap hari di bulan Ramadan kecuali hari Sabtu dan Ahad”

“Saya lihat program tadarus Al-Quran ini sangat baik untuk dilaksanakan untuk membudayakan membaca Al-Quran dari kalangan kakitangan PERZIM ”

“Bulan Ramadan juga merupakan bulan turunnya Al-Quran dan seharusnya kita memuliakan Al-Quran pada bulan ini disamping berharap dapat balasan yang baik dari Allah SWT. ” tambahnya lagi.