Perutusan Khas Hari Raya Aidilfitri

Hits: 150

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْ

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ و َبَرَكَاتُهُ

Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar,
Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar,
Allahuakhbar, Walillahilhamd.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, kita telah berjaya menempuhi pelbagai ujian sepanjang berada di bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Kini kita diberi kesempatan dan peluang oleh Allah S.W.T meraikan syawal yang mulia dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan disamping insan tersayang. Sejajar dengan kehidupan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, marilah kita merayakan hari yang mulia ini dengan semangat muhibah dan persaudaraan serta mengamalkan pendekatan ziarah-menziarahi. Perlu diingatkan juga, di dalam kesibukan membuat persiapan menyambut Syawal, saya ingin menyeru kepada semua agar bijak berbelanja dan tidak berlebih-lebihan sebaliknya bersederhana. Semoga perjalanan anda semua selamat sampai ke destinasi.

Di sini, saya dan semua Ahli Lembaga Pengarah PERZIM menghulurkan kemaafan atas keterlanjuran kata mahupun perbuatan. Sesungguhnya kita adalah insan biasa yang tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Maaf Zahir Dan Batin.

Y.BHG DATUK WIRA HAJI HAMDIN BIN ABDOLLAH

PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH PERZIM

 


 

 

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ و َبَرَكَاتُهُ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Bersempena dengan ketibaan 1 Syawal 1436 Hijrah ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam terutamanya kepada kakitangan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

Alhamdulilah, ketibaan syawal merupakan hari kemenangan bagi umat Islam yang disambut dengan penuh perasaan keimanan, ketakwaan dan kesyukuran selepas berjaya melaksanakan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan. Kedatangan Aidilfitri disambut tanpa mengira status sama ada miskin mahupun kaya malahan kemeriahannya akan lebih dirasai dengan amalan kunjung-mengunjungi.

Dikesempatan ini juga, saya turut mendoakan semua perantau yang akan pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya dan jagalah keselamatan diri serta keluarga di musim perayaan. Biar lambat asalkan selamat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maaf Zahir dan Batin.

Y.BHG DATUK HAJI KHAMIS BIN HAJI ABAS

PENGURUS BESAR PERZIM

 

TOP