FORGOT YOUR DETAILS?

CREATE ACCOUNT

Perutusan Hari Raya Aidiladha daripada Pengerusi Lembaga Pengarah PERZIM

by / / Arkib Pengumuman

Takbir dan tahmid kepada Allah s.w.t dan puji-pujian buat junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w.

Sambutan Aidiladha adalah perayaan yang sangat istimewa kerana ia merupakan hari di mana umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Hidup ini adalah perjuangan. Perjuangan menuntut pengorbanan. Pengorbanan memerlukan ketabahan dan ianya harus bermula dari diri sendiri. Inilah yang kita pelajari dari pelbagai kisah sejarah para nabi yang memberikan kekuatan dan persediaan dalam perjuangan.

Maka perjuangan dalam dunia permuziuman pastinya memberikan impak yang maksima kepada pembangunan generasi yang akan datang untuk terus memelihara dan memulihara sejarah dan warisan Negara. Justeru, marilah kita memperbaharui keazaman dan memperteguhkan tekad untuk terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa menjadikan warisan sebagai teras wawasan dalam pembangunan negara bangsa.

Bersempena dengan hari yang mulia ini, saya serta barisan ahli lembaga pengarah PERZIM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 2016/1437H, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh muslimin dan muslimat khasnya kepada warga kerja PERZIM dan seluruh rakyat Malaysia. Semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati kita semua.

 

YANG BERBAHAGIA DATUK WIRA HAJI HAMDIN BIN ABDOLLAH
PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH PERZIM

  • Pin It
TOP