Pameran Solo Mustafa Yahya : Dari Hulu Langat ke Melaka

Hits: 94

Tarikh pameran : 15 Mac 2017 – 30 April 2017
Tempat : Balai Seni Lukis, Melaka

Mustafa bin Yahya anak kelahiran di Hulu Langat merupakan pelukis, jurufoto, mediator komuniti dan juga merupakan seorang guru di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan, Bangi.

Membesar di kawasan kampung dan tertarik dengan suasana damai telah mendorong pelukis ini menghasilkan lukisan mengenai tempat menarik khususnya di Hulu Langat. Melalui penghasilan lukisan seumpama itu, dapat memberi peluang kepada masyarakat tempatan dan luar kawasan Hulu Langat menghayati keindahan alam semula jadi seperti bukit hijau, hutan lipur serta budaya masyarakat yang masih tebal dengan unsur tradisional.

Mustafa menggunakan beberapa medium untuk melukis seperti cat air, akrilik, cat minyak dan pensil. Alam dan kehidupan masyarakat adalah tema yang disukai untuk dilukis oleh Mustafa di samping persembahan abstrak dan batik juga dilukis secara serius.

Orang ramai dijemput hadir menyaksikan keindahan lukisan berunsurkan alam semula jadi dan warisan yang sangat menarik ini di Balai Seni Lukis Melaka serta dapatkan karya-karya menarik sebagai koleksi peribadi anda mulai dari 15 Mac sehingga 30 April 2017.