PAMERAN SENI BAKAT MUDA MELAKA DI BALAI SENI LUKIS

Hits: 189

20 Jun 2017 BANDA HILIR – Bermula 2016, Art Laboratory Research & Training dengan kerjasama Kumpulan Pelukis Negeri Melaka, Dasein Academy Of Art dan Pihak Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah mengadakan sesi pencarian bakat baru dalam bidang seni lukis yang telah diadakan di Melaka.

Bermula dari itu, seramai 8 orang telah dipilih, dilatih dan telah berjaya menamatkan latihan dengan jayanya.

Pelajar yang dimaksudkan ialah Fransiscus Hagen, Wendy Liow Shu Ching, Jia Hui, Trish, Mohd Aslan, Suzen Ong Sue Jee, Nur Widyan dan Denise Tan. Semua peserta adalah berusia dari 14 hingga 18 tahun dari sekitar Melaka.

Pameran ini menghimpunkan 55 buah hasil karya gabungan pelbagai jenis media dan tema oleh ke lapan-lapan bakat muda yang telah digilap melalui program ini selama 8 bulan.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak yang terlibat bagi membolehkan mereka menambahkan pengetahuan serta memajukan lagi kerjaya mereka dalam bidang seni dan menjadi artis yang berjaya kelak.

Melalui program ini juga tiga orang pelajar telah terpilih memenangi biasiswa untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat Diploma di Dasein Academy of Art iaitu Lau Jia Hui, Nurwidyan dan Susan Ong.

Penyampaian anugerah telah berlangsung di Dasein Academy Of Art, Kuala Lumpur oleh Encik Gooi Hean Chye, Pengetua Dasein Academy of Art baru baru ini.

Pameran berlangsung dari 15 Jun hingga 31 Julai 2017 di Balai Seni Lukis Melaka.