Iklan Jawatan Kosong Julai 2021

Hits: 1304

Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) merupakan Badan Berkanun Kerajaan Negeri Melaka mempelawa Warganegara Malaysia keutamaan kepada ANAK NEGERI MELAKA berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan yang berkelayakan dan berpengalaman bekerja bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-

BIL.JAWATANTARAF JAWATANBILANGAN KEKOSONGANJADUAL GAJI
1KURATOR  GRED S41TETAP1GAJI MINIMUM: RM2,078.00GAJI MAKSIMUM: RM9,544.00
2PEMBANTU MUZIUM GRED S19KONTRAK1GAJI MINIMUM: RM1,352.00GAJI MAKSIMUM: RM4,003.00
3PEMBANTU KEMAHIRAN (AWAM)  GRED H19KONTRAK1GAJI MINIMUM: RM1,377.00GAJI MAKSIMUM: RM4,052.00
4PEMBANTU KEMAHIRAN (ELEKTRIK) GRED H19KONTRAK1GAJI MINIMUM: RM1,377.00GAJI MAKSIMUM: RM4,052.00
5PEMBANTU OPERASI GRED N11 TETAP2GAJI MINIMUM: RM1,216.00GAJI MAKSIMUM: RM2,983.00

CARA MEMOHON

  1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan PERZIM. SATU (1) JAWATAN, SATU (1) BORANG.
  2. Borang Perjawatan dan syarat-syarat permohonan boleh dimuat turun secara PERCUMA dari laman web PERZIM: www.perzim.gov.my  mulai pada  14 JULAI 2021  (RABU).
  3. Semua permohonan hendaklah menyertakan sijil atau dokumen berkaitan YANG DISAHKAN*** mengikut kelayakan dan DOKUMEN WAJIB seperti berikut:
  1. Sekeping gambar berukuran pasport;
  2. Salinan Kad Pengenalan baru;
  3. Salinan Sijil Kelahiran; 
  4. Lesen Memandu Kenderaan; dan
  5. Salinan sijil/ kelulusan persekolahan; serta
  6. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah disertakan salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini; dan
  7. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

***Kelayakan individu untuk membuat pengesahan dokumen hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia DENGAN KELAYAKAN seperti berikut: Wakil Rakyat/ Senator; Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional; Pengamal Undang-undang; Jaksa Pendamai; Pengetua/ Guru Besar (Sekolah Kerajaan Sahaja); Ketua Kampung/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Masyarakat/ Sidang/ Pegawai Pembangunan Mukim/ Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) DAN Cop pengesahan individu hendaklah lengkap mempunyai nama, jawatan dan jabatan/ alamat di mana pegawai bertugas). 

  1. Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan dokumen yang  diperlukan berserta dengan gambar formal terkini dan berukuran passport (Gambar swafoto/ selfie tidak dibenarkan). Pemohon hendaklah memastikan DOKUMEN WAJIB (salinan kad pengenalan, salinan Lesen Memandu, Salinan sijil akademik/ kemahiran dan transkrip akademik) yang diakui sah seperti mana syarat-syarat yang ditetapkan. Jangan ubahsuai borang tersebut dan pastikan mukasurat lengkap sebelum dicetak. Semua dokumen permohonan yang lengkap dan dicetak hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Pengurus Besar
Perbadanan Muzium  Melaka
, Kompleks Warisan Melaka, Jalan Kota, 75000 Melaka
(u.p: Seksyen Khidmat Pengurusan)

  1. TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 30 JULAI 2021 (JUMAAT) JAM 12.00 TENGAHARI.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) BULAN DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN hendaklah secara automatik menganggap permohonan tersebut tidak berjaya.