Festival Antarabangsa Cheng Ho 2019

Latarbelakang

Melaka merupakan sebuah negeri yang kaya dengan nilai sejarah dan budayanya. Kewujudannya sebagai sebuah empayar yang ulung suatu ketika dahulu turut diakui oleh orang-orang Eropah yang mengatakan Melaka sebagai “Emporium of The East” atau Kota Niaga di Timur. Kini kegemilangannya diteruskan lagi dengan pengiktirafan yang diterima di peringkat antarabangsa sebagai Bandaraya Warisan Dunia pada tahun 2008.

Era Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 15 telah mencatatkan hubungan yang amat baik dengan Kerajaan China. Kedatangan Laksamana Cheng Ho ke bumi Melaka telah menjadikannya semakin kuat dan masyhur sebagai pusat perdagangan dan hubungan antarabangsa serta menjadi tumpuan pedagang yang datangnya dari Timur Tengah, Afrika, Asia Tenggara dan Asia Timur.  Dalam tempoh itu juga, Laksamana Cheng Ho telah menjadikan Melaka sebagai pangkalan perdagangan utama di samping menjalinkan hubungan perdagangan dengan wilayah sekitarnya.

Sebagai usaha mengembalikan kegemilangan serta hubungan yang telah sedia terjalin maka Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Muzium Melaka dengan kerjasama Muzium Budaya Cheng Ho serta Persatuan Antarabangsa Cheng Ho, bercadang untuk mengadakan Festival & Simposium Pelayaran Sutera Laksamana Cheng Ho.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILAHUBUNGI URUSETIA :  

PUAN AZIMAH / EN FAIRUS – 06 282 6526

Borang penyertaan boleh faks di talian seperti berikut  Faks : 06 282 6745

Penyertaan terhad / pendaftaran awal dialu-alukan

Bil. Program Tarikh Serahan Borang Tarikh Pertandingan Muat Turun Daftar Atas Talian
1 Seminar 13 November 2019 14-16 November 2019
2 Treasure Hunt 15 November 2019 16 November 2019
TOP