Borang Pertandingan “Museum Run” sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018

Hits: 734

SYARAT DAN KAEDAH SYARAT PENYERTAAN

  1. Program ini terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja termasuk semua warga muzium, kakitangan jabatan kerajaan dan swasta, pertubuhan, institusi pendidikan dan orang ramai.
  2. Pertandingan adalah tertakluk kepada peraturan International Association of Athletics Federations (IAAF) / Malaysian Amateur Athletics Union (MAAU) dan keputusan penganjur adalah muktamad.
  3. Sebarang kemalangan yang berlaku sebelum, semasa dan selepas pertandingan adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri.
  4. Sekiranya peserta menarik diri selepas mendaftar, yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan.
  5. Peserta di bawah umur 17 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga.
  6. Borang penyertaan boleh didapati di pejabat Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur dan Perbadanan Muzium Melaka.
  7. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada urus setia melalui serahan terus atau pos ke alamat :

URUS SETIA MUSEUM RUN 2018

Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara, 50566 Kuala Lumpur (Tel : 03 – 2267 1111 – En. Zambri & Puan Wahida)  atau Perbadanan Muzium Melaka, Kompleks Warisan Melaka, Jalan Kota, 75000 Melaka (Tel : 06 – 281 4226 – En. Fairus & Puan Ernie)

  1. Yuran penyertaan perlu dibayar ke akaun Persatuan Muzium Malaysia (Maybank 0141 0540 6579). Slip pembayaran perlu difaks ke 03 – 2267 1070 / 06 – 282 6745 atau email [email protected] / [email protected] atau dibayar semasa mengambil baju dan bib bagi tujuan rekod dan pengeluaran resit rasmi.
  2. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Julai 2018 jam 5.00 petang.
  3. Peserta boleh mengambil nombor baju dan bib pada 26 – 27 Julai 2018 (9.00 pagi hingga 6.00 petang) di Perbadanan Muzium Melaka.
  4. Program diadakan pada 28 Julai 2018 bermula pukul 7.00 pagi
  5. Baju T-shirt dan sijil penyertaan diberikan kepada setiap peserta.
  6. Finisher Medal kepada 50 peserta terawal yang menamatkan larian bagi setiap kategori.
  7. Permulaan dan penamat di A’ Famosa, Banda Hilir, Melaka
  8. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Puan Darniza 03 – 2267 1111 atau Encik Fairus 012 – 272 5658.

 

Untuk mendapatkan borang, sila muat turun pautan di bawah :

http://www.perzim.gov.my/wp-content/uploads/2018/06/borang-museum-run-2018.pdf