Bahagian Kewangan, Sumber Manusia, Teknologi Maklumat, Korporat dan Pendaftaran Mula Beroperasi

Hits: 29

Sukacita dimaklumkan bahawa YAB. Perdana Menteri dalam perutusannya pada 1 Mei 2020 menyatakan bahawa mulai 4 Mei 2020 semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan oleh pihak berkuasa. Sehubungan dengan itu, semua pejabat kerajaan akan mula beroperasi sepenuhnya mulai tarikh berkenaan.

Bagi melaksanakan arahan tersebut, untuk permulaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) akan memulakan operasi pada peringkat Pengurusan Sumber dan Manusia sahaja, yang merangkumi Unit Pentadbiran, Unit Kewangan, Unit Pengurusan Maklumat, Unit Korporat dan Unit Pendaftaran. Manakala sektor permuziuman masih lagi DILARANG BEROPERASI sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan.

#warisanteraswawasan

#cegahpenularancovid19

#kitajagakita