|
Lawatan berpandu ini dimulakan
dengan pengenalan mengenai Stadthuys yang meliputi latar belakang
dan fungsinya sejak zaman Belanda sehinggalah sekarang. Seterusnya
kita berlalih ke sudut sejarah untuk mengetahui bagaimana Melaka
telah ditemui oleh paramewara, penyebaran agama Islam dan
bagaimana Melaka berubah menjadi sebuah pelabuhan yang hebat
dengan kuasa perdagangan yang unggul sehinggalah jatuhnya Melaka
ke tangan Portugis. Kemudian kita akan melalui era Portugis,
Belanda dan British. Tidak dilupakan keunikan rumah roti Belanda
di Stadthuys. Peserta juga akan di bawa melihat pameran yang
melambangkan kepelbagaian kaum etnik yang terdapat di Melaka seperti
kaum Baba Nyonya, Chitty dan Portugis di sudut etnografi di mana
turut menempatkan diorama perkahwinan Melayu Melaka, dahulu dan
sekarang. Di penghujung lawatan ini, para peserta akan dapat
mempelajari mengenai kekayaan dan keunikan budaya masyarakat di
Melaka.

Tempoh Masa
Lawatan
Anggaran masa 1 jam 30 minit.
Jumlah
Penyertaan
Minima 15 orang dalam satu kumpulan.
Yuran
RM5.00 seorang termasuk tiket
masuk ke Kompleks Pemuziuman Stadthuys (Muzium Sejarah dan Etnografi,
Muzium TYT, Muzium Pemerintahan Demokrasi dan Galeri Laksamana Cheng
Ho).
Bahasa
Perantaraan
Bahasa Inggeris
Hari dan
Masa Lawatan
|
HARI |
MASA |
|
Sabtu |
10.30
pagi |
|
2.30 petang |
|
Ahad |
10.30 pagi |
|
2.30 petang |
|
Untuk Keterangan Lanjut Sila
Hubungi:
Puan Syahidah binti ABu Sah
Kurator Muzium 606-2841934
atau
Puan Rohani binti Hamzah
Pen. Kurator Pemasaran
Perbadanan Muzium Melaka
Kompleks Warisan Melaka
Jalan Kota
75000 Melaka
Tel: 606-2814226 / 06-2826526
Faks: 606-2826745 |
|
|
|
|
|
|
|
|