| |
|
Kubur
Tua
Dipercayai
kubur ini kepunyaan Syeikh Abu Bakar seorang ulama dari
Tanah Arab. Dalam perjalanan pulang dari menyebarkan
dakwah di Kepulauan Melayu beliau telah meninggal dunia.
Para pengikutnya telah mengebumikan jenazahnya di sini.
Ada juga pendapat menyatakan kubur ini adalah rekaan
semata-mata. lanya diwujudkan untuk tujuan keuntungan.
Walau bagaimanapun sebagai seorang umat Islam, kepercayaan
kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga keramat,
batu, bukit, tongkat dan sebagainya adalah ditegah untuk
dilakukan. Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu
yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya
itu adalah tertolak." |
|