|
KRONOLOGI
PERZIM
1954
Penubuhan Muzium Negeri Pertama dilaksanakan di bawah Enakmen Lembaga
Muzium Melaka 1954.
1982
Muzium Sejarah di Bangunan Stadthuys dirasmikan oleh Y.A.B Perdana
Menteri pada 17 Disember 1982.
1984
Muzium Sastera dirasmikan oleh Y.A.B Ketua Menteri pada 1 Februari.
Pindaan
Enakmen Lembaga Muzium Melaka 1954. (Tujuan penting ialah untuk
mewujudkan jawatan Ketua Eksekutif Lembaga Muzium Melaka iaitu Kurator).
1986
Muzium Budaya dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 17 Julai.
Bangunan Stadthuys ditutup untuk kerja-kerja restorasi.
1990
Perasmian Muzium Daerah Alor Gajah dan Jasin oleh Y.A.B Ketua Menteri
Melaka.
1992
Perasmian Muzium Sejarah & Ethnografi dan Muzium Rakyat dan Muzium Belia
Malaysia pada 15 April 1992 oleh Y.A.B. Perdana Menteri.
Pindaan
Enakmen Lembaga Muzium Melaka 1954 (pindaan 1984) kepada Enakmen
Perbadanan Muzium Melaka No. 11 tahun 1992.
(Membolehkan
PERZIM menjadi sebuah badan berkanun yang berdaya maju dan dapat
memajukan bidang permuziuman dalam konteks pernbangunan, pendidikan dan
pelancongan di Negeri Melaka).
(Mewujudkan
jawatan baru Ketua Eksekutif PERZIM iaitu Pengurus Besar)
1993
1 Mac 1993 - Tarikh kuatkuasa Enakmen Perbadanan Muzium Melaka.
1994
Perasmian Muzium Samudera (replika Kapal Flor de Lamar) pada 13 Jun 1994
oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia.
1995
Perasmian Muzium Sastera oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 27
Mei 1995.
1996
Pembukaan Muzium Kecantikan dan Muzium TLDM. Muziurn Layang-layang
dirasmikan oleh Y.A.B Ketua Menteri pada September 1996 sempena dengan
perasmian Seminar Adat Melayu Serantau.
1997
Pembukaan Muzium Orang Asli pada 3 Februari 1997
2000
Perasmian Kompleks Muzium Maritim dan Penyerahan Rasmi Muzium TLDM dan
bekas KD Sri Terengganu oleh Y.A.B. Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd
Rustam pada 10 Februari 2000.
Pra-Pembukaan Pusat Seni yang dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi PERZIM,
Y.Bhg Datuk Nasir bin Haji Manap sempena Pameran Wajah-Wajah Malaysia
oleh Balai Seni Lukis Negara pada 15 April 2000.
Perasmian
Pra-Pembukaan Muzium Islam Melaka oleh Y.A.B Ketua Menteri Melaka pada
24 Disember 2000.
2002
Pembukaan 2 lagi muzium baru iaitu Muzium Tuan Yang Terutama (TYT) dan
Muzium Pemerintahan Demokrasi oleh YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd
Rustam, Ketua Menteri Melaka.
|