Laman Utama
Perutusan Khas
Dari Pengurus Besar
Statistik Pelawat
Cahaya dan Bunyi
Tapak Bersejarah
Pakej Pelancongan Pelajar
Lawatan Berpandu Muzium
Mengenai PERZIM
Maklum Balas
Pautan
 
 
 
 
   
 
   
   

KAPAL EX-KD SRI TERENGGANU

Muzium TLDM dilengkapi juga dengan Kapal Ex-Kd Sri Terengganu yang disumbangkan oleh Kementerian Pertahanan dan TLDM. Kapal ronda yang ditauliahkan pada 16 Disember 1963 telah beroperasi selama 31 tahun dan belayar sejauh 68,926 batu nautika di bawah pimpinan 24 orang Pegawaj Pemerintah. Kapal ini pernah terlibat dalam menjaga keamanan semasa konfrontasi Indonesia dan operasi rondaan di Pantai Timur Semenanjung.

Kapal Ex-Kd Sri Terengganu merupakan sebuah kapal ronda Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) dari kumpulan pertama yang ditempah khas oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dari Syarikat Vosper Limited, Portsmouth England dalam tahun 1961. Pada tahun 1994, TLDM telah bersetuju untuk menyerahkan kapal ini kepada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sebagai melengkapkan lagi koleksi Muziurn TLDM untuk tatapan masyarakat tempatan dan pelancong asing. PERZIM telah melantik syarikat perkapalan Naval Dockyard Sdn. Bhd. untuk membaik-pulih kapal yang menelan belanja sebanyak RM160,000 ini sebelum di bawa ke Melaka. Pada 6 Januari 1996, kapal ini telah selamat di bawa ke Melaka melalui jalan laut oleh Megalith Sdn. Bhd. dengan kerjasama pegawai dan anak kapal TLDM sendiri.

Antara objektifnya adalah:

  • Untuk melengkapkan koleksi Muzium TLDM yang sedia ada di samping menghayati sejarahnya semasa konfrantasi dengan Kerajaan Indonesia pada tahun 1963.
  • Untuk mempamerkan salah sebuah kapal ronda Di Raja yang digunakan untuk mempertahankan kedaulatan negara di samping menghayati suasana di atas kapal bersama peralatan yang digunakan.
DEWASA
KANAK-KANAK /PELAJAR
WAKTU OPERASI
Tiket masuk sama dengan tiket Muzium Samudera
9.00 pagi - 5.30 petang
(dibuka seiap hari)

 

 
       
       

Muzium Pemerintahan Demokrasi  
 
Muzium Yang di-Pertua Negeri
 
Muzium Islam Melaka
 
Istana Kesultanan Melaka
 
Muzium Sejarah dan Ethnografl
 
Galeri Laksamana Cheng Ho   
 
Muzium Sastera
 
Muzium Belia
 
Galeri Seni
 
Muzium Rakyat
 
Muzium Kecantikan
 
Muzium Layang-layang
 
Muzium Samudera
 
Muzium Samudera Fasa II
 
Muzium TLDM
 
Kapal Ex-KD Sri Terengganu
 
Muzium Orang Asli, Alor Gajah
 
Muzium Adat Istiadat, Alor Gajah
 
Muzium Pertanian, Jasin  
 
Maklumbalas  |  Hubungi Kami  |  Peta Laman  |

© Hakcipta Terpelihara
Perbadanan Muzium Melaka