Perutusan Pengurus Besar
Assalamualaikum w.b.t.
Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.
Selamat Datang Ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna internet di seluruh dunia kerana mengunjungi laman web Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sebagai medium sosial untuk penyebaran maklumat kepada seluruh masyarakat dengan memaparkan pelbagai maklumat terkini mengenai PERZIM selian paparan aktiviti- tahun 2012 dan program-program yang bakal dianjurkan PERZIM sepanjang tahun 2013.
Sesungguhnya, teknologi dicipta untuk memudahkan manusia, melalui laman web dan rangkaian sosial seperti facebook ia mampu membuka ruang dan peluang kepada seluruh pengguna internet memberi maklumbalas terhadap usaha-usaha dan aktiviti yang dilaksanakan oleh PERZIM selain dari memperoleh info-info terkini mengenai bidang permuziuman dan warisan kebudayaan tempatan.
Sedar atau tidak waktu terus berlalu, lembaran suka dan duka sepanjang tahun 2012 telah dilalui dan kini tahun 2013 bakal hadir dengan seribu satu cabaran. Kesemuanya akan terus cekal dan dihadapi oleh kami selaku warga PERZIM dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah untuk terus unggul sebagai agensi pemelihara khazanah warisan budaya berbilang bangsa di Melaka yang tidak ternilai harganya.
Saya yakin dan percaya, melalui komitmen dan integriti kakitangan yang tinggi akan mendorong PERZIM terus cemerlang menjadi sebuah institusi pemuziuman bertaraf antarabangsa yang disegani di seluruh dunia. Terima kasih diucapkan kepada yang sudi melayari laman web PERZIM dan kami amat mengalu-alukan sebarang komen dan pandangan untuk kami memperbaiki dan menambahbaik mutu perkhidmatan yang disediakan.
Justeru saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 Masihi bersamaan 1434 Hijrah dan semoga kehidupan kita semua diberkati Allah S.W.T serta mengecapi kejayaan yang lebih cemerlang.
Sekian, wassalam.
(DATUK HAJI KHAMIS BIN HAJI ABAS)
Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka
